Pages

Pilihan Admin

Thursday, 3 January 2013

AKU ABANGNYA


SUATU hari, Ali dan isterinya, Ani tersekat dari kesesakan jalan raya yang luar biasa. Cuaca yang panas buat hati Ali bertambah panas kerana mahu lekas pulang ke rumah.

Ali : Ape hal jalan sesak ini. Dah lama duduk dalam kereta. Tak gerak-gerak.
Ani : Sabarlah. Mungkin ada kemalangan atau kerja-kerjapembaikan jalan.
Ali : Dah dekat sejam. Mana boleh jadi ni. Aku kene buat sesuatu.

Tanpa memperdulikan nasihat Ani, Ali terus keluar dari kereta menuju tempat orang ramai berkumpul. Salah seorang daripada mereka memberitahu Ali tentang berlakunya satu kemalangan yang cukup tragis.

Ali : Tepi, tepi, Aku abang dia. Tepiiiii, aku abanggggggg diaaaaaaaaaaaaa!

Orang ramai memberi laluan kepada Ali tetapi apabila menghampiri kawasan kemalangan berkenaan, alangkah terkejutnya Ali. Matanya bulat bagai nak terkeluar apabila ia melihat keadaan 'adiknya' yang kemalangan itu...
Ali meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya. Dalam hati dia berkata : Oh! malu semalu-malunya aku kerana adik aku seekor monyet!!.

Read more

Seorang Pemburu Dengan Seekor Singa




Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.



Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”


Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Panadol




Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Apa Cite?

Tom sedang membaca surat, kelihatan murung...



Harry : Berita buruk?

Tom : Seorang lelaki menulis surat ini dan berkata kalau saya tak jauhkan diri dari isterinya, dia akan potong telinga saya...

Harry : Jadi lebih baik awak jauhkan diri dari isterinya...

Tom : Tetapi isterinya yang mana satu? orang yang menulis surat ini ialah "anonymous"


Read more